Where we are now

TIDUR MEMBAWA KE LONGKANG (2 FOTO)

Butterworth: “Sebelum itu, semua penumpang sedang lena dan hanya terjaga selepas kejadian mengejutkan ini. Malah, saya yang duduk di belakang turut tercampak beberapa meter ke hadapan, namun bersyukur kerana tidak cedera parah,” kata ketua jurulatih acara lompatan bagi skuad olahraga negara, Mohd Mansahar Abdul Jalil, 54, semalam.
Beliau antara tujuh penumpang yang melalui detik cemas apabila bas ekspres dinaiki hilang kawalan sebelum masuk ke dalam longkang sedalam empat meter dalam kejadian di Jalan Baru Perai, di sini, jam 6 pagi semalam. 


Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Perlis untuk menghadiri kejohanan olahraga dan menaiki bas berkenaan di Simpang Pulai, Perak, jam 3.15 pagi. 

“Saya yang duduk di kerusi di belakang tiba-tiba terjaga selepas merasakan bas berkenaan bergoyang seperti tidak stabil, diikuti dentuman kuat selepas terjunam ke dalam longkang.
“Lutut sakit dipercayai akibat terhentak ketika tercampak ke depan dan kami bernasib baik kerana orang awam membantu penumpang keluar dari bas, manakala kenderaan itu tersekat di dalam longkang,” katanya.

Credit HarianMetro

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...