Sebuah smartphone
Android dengan prosesor 64-bit pertama milik Lenovo dikatakan baru saja muncul dipameran
Tianyi Fair 2014 yang ditaja oleh China Mobile. Smartphone ini masih belum
secara rasmi diperkenalkan oleh Lenovo. Namun kemunculannya pada pameran ini
menunjukkan bahawa Lenovo akan memperkenalkannya kepada umum.
Dalam pameran itu dikatakan
handphone ini mempunyai nama Lenovo A805e. Smartphone bersaiz skrin 5,5 inci
dengan resolusi 540 x 960 piksel ini hadir dengan prosesor 64-bit milik
Qualcomm, prosesor quad core Snapdragon
410 dengan kelajuan 1,2Ghz. Selain itu, handphone ini mempunyai RAM sebesar 1GB
dan memori internal berkapasitas 8GB.
Selain itu, handphone ini mempunyai kamera utama 8MP di bahagian
belakangnya. Di bahagian sumber tenaga, terdapat bateri berkapasitas 2500 mAh.
Handphone ini juga mempunyai sokongan terhadap 4G LTE serta NFC. Tak lupa juga,
terdapat slot dual SIM card pada handphone ini. Yang lebih menarik lagi,
handphone ini juga kemungkinan dijual dengan harga murah, kurang dari 200 USD.
Lenovo akan melancarkan
handphone ini pada bulan depan dan terdapat dalam tiga pilihan warna, iaitu
hitam, putih serta gold. Sebagai tambahan, mereka juga menawarkan rekaan bentuk
kulit.
Credit phonearena
Credit phonearena
No comments:
Post a Comment