Smartphone terbaru dari Huawei
yang sebelumnya kerap dirumorkan menggunakan nama Honor 6 akhirnya secara resmi
diperkenalkan kepada umum. Handphone itu akan hadir ke pasar smartphone dunia dengan
nama Huawei Honor 6 dan dikuasakan dengan prosesor octa core Kirin 920 buatan
Huawei sendiri.
Selain
itu, handphone ini menawarkan skrin berukuran 5 inci yang sayangnya hanya
memberikan resolusi Full HD. Kelebihan utama dari smartphone ini adalah rekaannya
yang super nipis. Skin smartphone Android terbarunya ini dengan ukuran hanya
6.5 milimeter dengan panjang 139.8 milimeter dan lebar 68.8 milimeter.
Chip prosesor octa core Kirin
920 yang digunakan pada smartphone ini terdiri dari empat core Cortex-A15 dan
empat core Cortex A7 yang dilengkapi GPU Mali T628. Selain itu, handphone ini
juga meyokong pengunaan LTE yang memberikan kecepatan download hingga 300Mbps.
Di bahagian belakang, terdapat kamera utama 13MP yang menyokong rakaman video
full HD dan kamera depan 5MP untuk memuat panggilan video calling.
Untuk
sistem operasinya, pihak Huawei menggunakan OS Android KitKat 4.4.2. Sebagai
tambahan, terdapat UI Emotion 2.3 untuk pengguna smartphone ini. Sayangnya
belum ada maklumat mengenai berapakah harga atau bilakah handphone ini secara
rasmi dijual di pasaran.
No comments:
Post a Comment