KUALA LUMPUR: Ramai mula mengeluh tentang suhu cuaca yang kian
meningkat, terutama sekali di Semenanjung Malaysia.
Memetik laporan Bernama, Pengarah Khidmat Korporat dan
Komersil Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan
itu akibat Musim Monsun Barat Daya yang membawa kepada cuaca panas dan kurang
taburan hujan selain kurang pembentukan awan bagi menghalang pancaran terik
matahari.
Kesan El Nino akan dirasai pada hujung tahun ini atau awal
tahun hadapan.
Walaupun ramai menyangkakan ia adalah kesan fenomena El
Nino, namun ia hanya mula dirasai di Semenanjung Malaysia pada hujung tahun ini
atau awal tahun hadapan.
Mohd Hisham berkata ia adalah disebabkan kedudukan
Semenanjung yang terletak agak jauh dari Lautan Pasifik.
“Negara yang hampir dengan Lautan Pasifik seperti Indonesia
dan Australia serta Sabah dan Sarawak mungkin akan mengalami kesan El Nino
lebih awal berbanding Semenanjung Malaysia.
“Selain itu, kesan yang akan dirasai juga tidak dapat
diramal dengan tepat kerana ia bergantung kepada tahap kekuatan El Nino
tersebut, sama ada pada tahap lemah, sederhana atau kuat,” katanya kepada
Bernama.
Credit Astroawani
No comments:
Post a Comment