Pada masa ini telah ada beberapa pengeluar smartphone yang telah
secara rasmi mengeluarkan beberapa produk jam tangan pintarnya. Iaitu Motorola,
LG ataupun Samsung yang masing-masing telah memiliki produk smartwatch dengan
sistem operasi Android Wear. Dan nampaknya langkah tersebut juga bakal diikuti oleh pengeluar Android lain,
iaitu Asus.
Smartwatch pertama dari Asus tersebut
dikatakan telah dalam proses pembuatan dengan kod nama Robin. Menurut akun
Twitter @evleaks, jam tangan pintar Asus itu bakal menjadi smartwatch yang
tertipis di dunia untuk kategori jam tangan pintar.
Selain itu, jam tangan pintar tersebut juga kemungkinan akan
dilancarkan pada bulan September yang akan tiba. Hal ini berdasarkan sebuah
informasi yang didapatkan oleh Techcrunch dari sumber internal. Pengeluaran
produk jam tangan pintar ini pun selaras dengan rancangan Asus untuk meneroka pasar baru.
Sumber dari Techcrunch juga menyebutkan kemungkinan harga yang
bakal dijual oleh Asus untuk produk jam tangan pintarnya itu. Angaran harga paling
murah untuk smartwatch tersebut adalah 99 USD (RM 317.756) dan paling mahal
sekitar 149 USD (RM 478.229). Dengan harga tersebut, maka jam tangan pintar
Asus itu akan menjadikannya lebih murah berbanding Samsung Gear Live (199 USD)
dan LG G Watch (229 USD).
Credit vr-zone
Terbaik jnis mcm ni.. nmpk moden.. ad sy nmpk jnis petak.. disinj ... www.kedaionlinemy.com
ReplyDelete