Where we are now

HANDPHONE NOKIA MODEL LAMA BERJAYA MENYELAMATKAN NYAWA SEORANG PENDAKI TUA YANG SESAT (1 FOTO)

Smartphone pada masa kini menjadi tren hampir semua di peringkat usia. Smartphone kini dapat diguna pakai oleh semua di peringkat usia. Meski pun begitu, smartphone tidak dapat menggantikan handphone model lama yang berjaya menyelamatkan seorang pendaki tua yang berusia 70 tahun bernama Liu Quanming.


Liu berjaya dijumpai oleh kumpulan penyelamat setelah hilang di sebuah jurang di Taiwan. Pendaki tersebut diketahui terpisah dari kelompoknya dalam sebuah pendakian yang dilakukan pada tarikh 20 Jun lalu. Dan akhirnya, Liu berjaya dijumpai oleh kumpulan penyelamat setelah tersesat lima hari di sebuah jurang. Liu Quanming diketahui tertinggal dari kelompoknya dan akhirnya tersesat. Liu sempat menemui jalan kembali ke kelompoknya, namun sayang dia tergelincir dan akhirnya jatuh ke dalam jurang.
Penemuan Liu dapat dilakukan disebabkan handphone Nokia model lama miliknya yang berusia lebih dari 10 tahun. Disebabkan handphone yang mempunyai bateri dengan daya tahan lama itu, kelompok petugas penyelamat berjaya menemui lokasi Liu, kerana handphone tersebut masih boleh digunakan untuk menerima panggilan.
Seramai 250 petugas polis ditugaskan untuk melakukan proses pencarian dengan berbekal petunjuk lokasi dari signal handphone. Para petugas tersebut berjaya menemui kedudukan Liu setelah mendengar nada dering handphone pada Rabu, (25/6/2015). Selain itu, Liu yang dikabarkan menderita akibat luka ringan mendapat rawatan di Taichung Metro Harbor Hospital.  Sayangnya tidak diberitahu model handphone Nokia model apa yang berjaya menyelamatkan nyawa Liu.

Credit nbcnews

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...