Where we are now

TELEFON PINTAR XIAOMI MI 3-DI PASARAN MALAYSIA BERMULA 20 MAY (4 PHOTO)

Jenama telefon pintar Xiaomi dikabarkan akan memasuki pasaran Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini pihak Xiaomi sedia berkongsi beberapa mklumat lanjut mengenainya. Peranti pertama yang akan memasuki pasaran tempatan adalah Xiaomi Mi 3, dan akan dijual bermula 20 May 2014 pada harga RM889 seunit.



Xiaomi Mi3 telah diperkenalkan pada tahun lepas, dimana ia menggunakan skrin IPS bersaiz 5-inci dengan screen beresolusi 1080×1920 pixel, 2GB RAM, memori dalaman 16GB, cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3Ghz, kamera utama 13-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel.
Xiaomi Mi3 juga turut dilengkapi dengan sistem operasi MIUI yang mana berasaskan kepada Android (AOSP) dan ditambah dengan beberapa fungsi tambahan dan antaramuka khusus dari Xiaomi. Versi yang digunakan pada Mi 3 adalah Android 4.2.1 Jelly Bean dan juga MIUI v5.


Beberapa aplikasi tambahan turut terbina, termasuk aplikasi daripada Google, Mi Cloud, dan juga Facebook. Pihak Xiaomi turut melengkapkanya dengan aplikasi papan kekunci Swiftkey dalam menjadikan pengalaman menaip lebih menarik pada pengunanya.














Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi Mi 3 akan di datangi dengan pilihan Bahasa Malaysia. Untuk makluman, MIUI turut mempunyai pilihan pelbagai jenis tema, dan Xiaomi turut menawarkan sebuah tema khusus untuk Malaysia bersempena dengan pelancarannya ini.
Selain itu, hanya satu warna peranti sahaja akan ditawarkan, iaitu Metallic Gray, dan pada versi Malaysia akan di datangi dengan sokongan dua-tray, iaitu untuk mini-SIM atau mikro-SIM..









No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...