Where we are now

ANJING PANDA - TREND BARU HAIWAN PELIHARAAN DI CHINA (14 FOTO)

Tidak, ini bukanlah 'Panda', ini sebenarnya anjing yang telah dikacuk untuk kelihatan seperti panda. Anjing ini telah menjadi trend terkini 'mesti dimiliki' di China, kini kedai-kedai haiwan peliharaan menjual anjing panda ini dengan laris. 

Hsin Ch'en, seorang pemiliki sebuah kedai haiwan di bandar Chengdu di wilayah Sichuan di barat daya China berkata beliau bergelut untuk memenuhi permintaan pelanggan. 

'Sepuluh tahun lalu naluri semulajadi seseorang Cina adalah untuk memakan anjing' katanya. 

'Sekarang seperti orang Barat, mereka hanya mahu anjing ini sebagai teman dalam hidup mereka'.

'Baka comel seperti bulldog Perancis dan Labradors merupakan baka pilihan, tetapi kini ia adalah anjing panda'. 

Hsin mengakui dia mengunakan sedikit tipu muslihat untuk membuat anjing-anjing jenis chow itu untuk kelihatan seperti panda. 

Beliau menambah: 'Dengan sedikit dandanan berhati-hati dan pewarna ia adalah mudah untuk menjadikan chow kepada anjing panda dalam masa kira-kira dua jam. 

'Kemudian, dandanan tersebut akan kekal dengan anjing selama kira-kira enam minggu dan pemilik perlu membawa mereka kembali untuk beberapa sentuhan penyudah' 

Beliau menambah haiwan itu tidak tertakluk kepada mana-mana rawatan kimia semasa proses tersebut dan tidak dicederakan dalam apa-apa jua cara sekalipun.












Credit asiantown

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...