Where we are now

PERANTI HTC TERBARU MUNCUL DALAM UJIAN BENCHMARK (2 FOTO)

HTC merupakan antara syarikat yang berjaya menghasilkan smartphone-smartphone yang hebat seperti HTC Butterfly, HTC One dan terkini HTC One M8 yang baru sahaja dilancarkan di New York.

HTC One M8 sekali lagi berjaya menarik perhatian pencinta teknologi dan ramai memberikan maklum balas yang baik mengenai peranti tersebut. Walaupun HTC One M8 ini baru sahaja dilancarkan, HTC kini dilaporkan sedang membangunkan satu lagi peranti baru.


Peranti baru yang sedang dibangunkan oleh HTC ini mula tersebar di internet selepas spesifikasinya muncul dalam ujian benchmark Antutu tetapi ianya tidak dapat disahkan samada ianya merupakan tablet atau pun smartphone yang akan diperkenalkan kelak.

Daripada apa yang didapati daripada ujian benchmark tersebut, peranti tersebut menggunakan model HTC OPAJ3 yang di lengkapi dengan resolusi HD penuh 1080p. peranti tersebut akan menggunakan cip Quad Core Snapdragon 801, cip Grafik Adreno 330 dan 2GB RAM.


Selain itu, peranti ini akan disertakan dengan storan 16GB, kamera utama sebesar 13 megapiksal dan kamera hadapan sebesar 5 megapiksal dan akan menggunakan system operasi terkini Android iaitu Android KitKat 4.4.2. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari HTC mengenai perkara ini.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...