Tahun lalu, huawei mengejutkan dunia teknologi apabila mereka memperkenalkan huawei Ascend P6, smartfone dengan rekaan premium dan antara yang ternipis di dunia. hari ini huawei telah memperkenalkan flagship mereka yang terbaru iaitu Huawei Ascend P7.
Huawei Ascend P7 mempunyai skrin bersaiz 5 inci full HD beresolusi
1920 X 1080 piksel (441ppi), menggunakan badan aluminium serta kaca Gorilla
Glass 3 pada bahagian hadapan dan belakang. Huawei Ascend P7 mempunyai
ketebalan 6.5mm dan ianya sedikit lebih tebal jika dibandingkan dengan model
sebelumnya.
Dari segi spesifikasi, Huawei Ascend P7 mengunakan cip pemprosesan
Quad-core Hisilicon Kirin 910T 1.8GHz, 2GB RAM, kamera utama 13 megapiksel
dengan sensor dari sony dan kamera hadapan 8 megapiksel. Peranti ini akan
menggunakan antaramuka Huawei Emotion UI 2.3 dan menggunakan system operasi
Android 4.4 Kitkat. Memori dalaman 16GB dan mempunyai slot untuk memori kad.
Huawei turut menyertakan cip untuk sokongan LTE pada Ascend P7
dimana untuk model sebelum ini Huawei tidak meyertakan sokongan LTE padanya.
Huawei Ascend P7 ini mempunyai bateri sebesar 2500mAh, sokongan Wifi dan
Bluetooth 4.0. Huawei Ascend P7 ini dijangka memasuki pasaran Malaysia pada
bulan hadapan.
Credit Theinquirer.net
Credit Theinquirer.net
No comments:
Post a Comment