Kehadiran
smartphone berskrin Quad HD dan prestasi tinggi kini dapat diharapkan bakal
terjadi dalam waktu yang terdekat. Hal ini kerana MediaTek secara rasmi
mengumumkan produk chip prosesor terbarunya, iaitu MediaTek MT6795.
Prosesor
ini merupakan sebuah prosesor true octa core yang menggunakan teknologi 64-bit
dan dilengkapi sokongan terhadap jaringan 4G LTE. Tak cukup dengan itu, chip
terbaru MediaTek ini juga mempunyai kecepatan 2,2GHz dan menyokong skrin dengan
resolusi 2K HD 2560 x 1600 piksel.
MediaTek
juga mengunakan teknologi bernama CorePilot pada chip terbarunya ini. Teknologi
tersebut digunakan untuk melakukan kontrol terhadap prestasi prosesor
multi-core serta pengaturan suhu. Selain itu, chip ini juga dilengkapi dengan
dual-channel LPDDR3 933Mhz.
Selain
itu juga, chip prosesor ini mempunyai sokongan display 120Hz serta menampilkan
playback video 480 fps 1080p Full HD Super-Slow Motion. Sebagai tambahan,
terdapat pula sokongan wireless charging multi-mode pada chip ini.
Pihak
MediaTek sendiri memberitahu smartphone pertama yang bakal mengunakan chip
prosesor terbarunya ini akan hadir pada akhir tahun 2014. Jadi, sekiranya Anda
inginkan smartphone tersebut, bersedialah menunggu pada akhir tahun ini.
Credit gsmarena
Credit gsmarena
No comments:
Post a Comment