Where we are now

DOKUMEN SULIT PKR 'LANGKAH KAJANG' YANG TERSEBAR DI INTERNET (7 FOTO)

Sejauh manakah ketelusan dan kebenarannya?

Baru-Baru Ini, Tersebar Di Laman Sosial Satu Dokumen Sulit Berjudul "Langkah Kajang: Selangkah Ke Putrajaya" Dengan Cetakan Bendera Pakatan Rakyat Pada Muka Hadapan. Dokumen Setebal Kira-Kira Enam Muka Surat Ini Mengandungi Pelbagai Maklumat Tentang Rancangan Politik PKR Di Selangor. Antaranya Ialah.

1. Langkah Kajang. Strategi Langkah Kajang Dilaksanakan Semata-Mata Untuk Meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sebagai Menteri Besar Selangor Untuk Akses Kepada Rizab Negeri Berjumlah RM3.2 Bilion.
Dana berkenaan akan digunakan kemudiannya oleh PKR untuk membiayai kempen yang cukup lama perancangannya untuk melancarkan serangan demi serangan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) seterusnya menggulingkan kerajaan.
Selain itu, dalam bahagian penjelasan ringkas Langkah Kajang, ia turut memaklumkan bahawa kegagalan Pakatan Rakyat (PR) membentuk kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 adalah kerana kekangan kewangan. Oleh itu, strategi baru itu dirangka bagi memastikan kewangan PR adalah mencukupi untuk menumbangkan kerajaan BN.

2. Serangan Kajang. Bahagian Ini Menerangkan Mengenai Pembabitan PKR Dalam Pembelian Saham Syarikat Berkepentingan Kerajaan Yang Akan Menyebabkan Harga Saham Merudum Sehingga Memaksa Kerajaan Menambahkan Modal Pasaran.

3. Tabung Khas. Menurut Tulisan Daripada Segmen Ini, Seramai 273 Taikun Telah Bersetuju Untuk Menyumbang RM50,000 Sebulan Secara Konsisten. Ini Bermakna Jumlah Wang Yang Terkumpul Adalah Sebanyak RM13.65 Juta.

4. Penyaluran Dana. Segala Dana Yang Terkumpul Akan Disalurkan Secara Terancang Bagi Memantapkan Lagi Kempen Siber, Sistem, Multimedia, Kempen Boikot Dan Lain-Lain Lagi Dalam PKR.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Dokumen Berkenaan Adalah PALSU. Ia Merupakan Satu Helah Daripada UMNO (kenapa bukan Barisan Nasional? adakah kerana parti-tparti gabungan lainnya turut menyokong PR didalam diam?) Yang Sengaja Ingin Menjatuhkan Reputasi Dan Ketelusan Mereka Dalam Memperjuangkan Rakyat.

**Malaysian politics surely sucks!








Credit says

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...