Where we are now

SUBHANALLAH, KALIMAH ALLAH PADA SOTONG (1 FOTO)




Ini kisah dari kawan hamba.

Ketika musim mencandat sotong di Terengganu, memang ramai orang turun ke laut nak candat. Sotong pun murah-murah.

Adik kepada kawan hamba telah membeli sotong dan berikan kepada kawan hamba. Ketika ingin memasaknya, seekor sotong badan kelihatan agak pelik. Bila diperhatikan, alangkah terkejutnya bila melihat terdapat Kalimah Allah pada badan sotong itu.

Kalimah Allah itu kelihatan sangat jelas. Kawan hamba tu cakap dia takut-takut pula nak masak. Hamba cakap, masak jer la..

Meskipun ini bukanlah satu penemuan yang pelik, tetapi tidak semua orang berpeluang jumpa kejadian seperti ini. Itu tandanya Allah sayang pada kita. Allah berikan peringatan pada kita agar sentiasa ingat Allah.

Allah sentiasa memberi peringatan kepada kita. Kadang kala kita yang tak sedar. Allah beri hidayah kepada seseorang itu dengan pelbagai cara. Ada orang melihat seekor kucing pun boleh insaf dan tersedar. Sama jugalah ada orang melihat kalimah Allah pada tumbuh-tumbuhan atau pada badan haiwan pun boleh menjadi sebab dia insaf dan kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah.

Credit Penpatah

2 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...