Kita jarang melihat negara islam lain diseluruh dunia menyebabkan kita leka, kahayal dan tidak bersyukur dengan kemodenan dan kejayaan negara. Di seluruh dunia masih terdapat negara-negara islam yang mundur dari pelbagai segi. Kali ini kami paparkan Lembah Ferghana di Uzbekistan, negara dibawah bekas Kesatuan Soviet.
Ferghana merupakan salah satu daerah di timur Uzbekistan yang terkenal dengan permaidani dan sutra. Ini adalah kerana Ferghana terletak di pertengahan jalan sutra pada masa lampau. Teknologi untuk membuat permaidani dan sutera di Ferghana, Uzbekistan tidak pernah berubah. Selama beratus-ratus tahun, dari generasi ke generasi, mereka telah memelihara dan menghidupkannya. Penduduk Ferghana mejoritinya terdiri etnik Uzbek , Tajik , dan Kyrgyz yang menganut agama islam. Penanaman kapas besar-besaran yang diperkenalkan oleh Soviet, terus kekal penting kepada ekonomi Ferghana sehingga ke hari ini.
Credit easybranches
No comments:
Post a Comment