Where we are now

PROJECT ARA-TELEFON PINTAR DARI GOOGLE (19 FOTO, 1 VIDEO)

Sekarang kita hidup di zaman moden di mana telefon pintar merupakan salah satu objek yang penting dalam kehidupan. Walaupun begitu, 5 bilion daripada kita tidak memiliki telefon pintar sendiri.

Projek Ara adalah nama kod bagi satu inisiatif yang dilakukan syarikat oleh Google yang bertujuan untuk membangunkan, dan mewujudkan satu platform telefon pintar yang sangat modular. Platform ini merangkumi satu rangka struktur yang akan memegang kesemua modul telefon pintar mengikut pilihan pemilik seperti paparan, papan kekunci, kamera, bateri tambahan dan modular selainnya. Ini membolehkan pemilik menukar mana-mana modul yang rosak atau menaik taraf modul mengikut kemahuan dan keperluan. Platform ini juga akan membuatkan kitaran hidup telefon pintar ini menjadi lebih lama dan berpotensi mengurangkan sisa elektronik.

Model pertama telefon modular ini dijadualkan akan berada di pasaran pada bulan Januari 2015 dan dijangka menelan belanja kira-kira USD50 bagi setiap unit.





















Credit projectara

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...