Mercedes-Benz Zetros yang sangat ohsem ini digunakan bagi tujuan memburu dan tujuan ekspedisi dengan gaya mewah. Zetros all-wheel drive yang boleh menakluk hampir mana-mana kawasan ini menggunakan enjin 7.2 liter inline, enam silinder dengan output kuasa sehingga 326 hp. Ia mampu menghasilkan tork maksima 1300 Nm pada 1200 rpm hingga1600 rpm. Bahagian dalaman kenderaan ini dilengkapi dengan dapur, bilik tidur berserta TV flat skrin, bilik mandi dengan lantai marmar, pemanasan bawah lantai serta ATV/quad di bahagian belakang.
Credit daimler
No comments:
Post a Comment