Where we are now

LEGO-DARI BLOK PLASTIK KECIL MENJADI 'KERETA ROADSTER' PACUAN KUASA ANGIN (14 FOTO)

Hanya dari blok-blok plastik kecil mampu menghasilkan jutaan reka bentuk. LEGO telah menjadi permainan, hiburan dan bahan pembelajaran bagi kebanyakan kanak-kanak sejak awal 50an. 'Kereta Roadster dari LEGO' ialah projek yang diterajui oleh Raul Oaida dari Romania dan Steve Sammartino usahawan dari Melbourne, Australia. Ianya di biayai oleh lebih dari 40 orang individu yang merupakan peminta LEGO. 

'Kereta roadster dari LEGO' ini menggunakan pacuan kuasa angin yang terdiri dari empat enjin orbit yang dibina daripada sejumlah 256 piston udara LEGO dan ianya berfungsi secara normal dengan kadar kelajuan yang mampu mencecah 30km/h. Kereta ini dibina menggunakan lebih dari 500000 blok LEGO tetapi ianya bukanlah 100% LEGO kerana tayar, rim, dan beberapa bahagian lain pada casis ditambah dari bahan lain untuk menjadikannya kukuh dari segi struktur. Bahagian-bahagian lain masih menggunakan blok LEGO sesuai dengan idea asal mereka. Sangat Kreatif!

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...